OooHa! STATOB kembali lagi membawakan yang lebih MERIAH, lebih GAMAT dan pastinya dengan lebih ramai vendor dari Brunei dan Sarawak! 🎉✨
Tahun 2026 menjanjikan pengalaman yang lebih menarik dengan pelbagai pilihan makanan & minuman, demo masakan, jualan produk usahawan, kraftangan, rangkaian perniagaan serta pelbagai aktiviti interaktif untuk seisi keluarga. Inilah peluang biskita untuk meneroka lebih banyak pilihan produk tempatan dan menikmati keunikan citarasa autentik dari Sarawak dan Brunei — semuanya di bawah satu bumbung!
Bukan itu saja, acara kali ini turut dimeriahkan dengan persembahan pentas kebudayaan yang penuh warna-warni, hiburan tradisional dan moden serta suasana festival yang lebih happening sepanjang acara berlangsung. Dengan penyertaan vendor yang lebih ramai dan pelbagai, pastinya lebih banyak pilihan, lebih banyak aktiviti dan lebih banyak pengalaman menarik menanti biskita!
Maitah datang beramai-ramai bawa keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama memeriahkan acara yang meraikan dan menyatukan budaya, makanan dan komuniti antara Sarawak dan Brunei! ❤️💛
#CiTaBudayaSARBRU26 #SatuRasaSatuBudaya #SarawakBrunei #statobbn #BruneiSarawak
Share Via: